Majlis Pemberian Bantuan Khas Persekolahan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 November 2011 20:04
Majlis ini akan diadakan pada hari Jumaat, 18 November bermula jam 10 pagi. Pemberian wang sebanyak RM100 kepada setiap murid ini adalah sepertimana yang diumumkan dalam belanjawan negara yang lalu. Pemberian ini akan disalurkan kepada pelajar menerusi ibu/bapa/penjaga pelajar supaya ibubapa dapat membeli keperluan pelajar bagi sesi persekolahan 2012 . Oleh itu adalah diharapkan ibu/bapa/penjaga yang akan menjemput anak mereka pada hari tersebut  dapat turut serta dalam majlis ini. 
Last Updated on Monday, 14 November 2011 22:44
 
Selamat Menduduki Peperiksaan SPM PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 12 November 2011 14:19
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon SPM tahun 2011 yang akan mula menduduki peperiksaan pada 14 November nanti. Teruskan usaha anda tanpa rasa jemu dan putus asa. Lonjakkan nama SMKA Slim River di persada Malaysia sebagai salah sebuah sekolah terbaik di negara kita. Semua pihak mendoa dan mendambakan kejayaan anda semua.
 
PROGRAM PERDANA IHYA' RAMADHAN 2011M/1432H PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 18 August 2011 09:36
Pihak sekolah dengan kerjasama BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) akan menganjurkan program ini sebagai salah satu program Ihya' Ramadhan pada 24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan 1432H. Antara pengisian program ini ialah iftar jamaei, khatam Quran, ceramah agama, qiamullail dan penyampaian hadiah kepada individu terlibat menjayakan program Ihya' Ramadhan. Program ini akan dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, KPM
Last Updated on Thursday, 18 August 2011 09:52
 
Program 911 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 28 July 2011 11:49
Program 911 yang dijalankan selama tiga minggu mulai 11 Julai telah sampai ke kemuncaknya. Program ini  merupakan program intensif sebagai persediaan menghadapi PMR dan SPM bagi tahun ini. Semua pelajar tingkatan 3 dan 5 diberikan latihtubi secara intensif melalui kaedah perbengkelan. Pihak sekolah berharap dengan kaedah ini dapat melonjakkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan yang akan hadapi. Malam ini merupakan malam penutupan majlis ini. Namun begitu pihak sekolah berharap usaha ini tidak terhenti setakat ini sahaja. Semua pihak baik guru apatah lagi pelajar hendaklah terus berusaha dengan gigih untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam PMR dan SPM nanti.
 
Hari Interaksi Sekolah PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 28 July 2011 11:42
Hari interaksi ini akan diadakan pada 29 Julai 2011 (Jumaat) mulai jam 9.00 pagi. Ibubapa/penjaga pelajar dijemput ke sekolah untuk mengambil dan menandatangani kad prestasi pelajar. Di samping itu juga dapat saling bermesra dengan guru kelas anak masing-masing serta berbincang mengenai pembelajaran anak mereka. Ia dijalankan di kelas masing-masing. Harapan sekolah agar ibubapa dapat memberikan respon yang baik terhadap program ini demi kebaikan semua. Selepas program ini, ibu bapa dibenarkan membawa anak masing-masing pulang ke kampung. 
 
Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Agama (MIIPA) peringkat negeri Perak PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 05 June 2011 18:14
SMKA Slim River sekali lagi telah dipilih sebagai tuan rumah majlis ihtifal ini akan diadakan pada 24-25 Jun 2011. Majlis ini akan melibatkan sekolah-sekolah SMKA, SABK dan KAA seluruh negeri Perak. Antara acara yang akan dipertandingkan  ialah kuiz B. Arab, kuiz ilmu wahyu, hiwar dan kalimatus sobah. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu menengah rendah dan atas. Selamat datang diucapkan kepada semua peserta pertandingan. Semoga dengan ini dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama kita
Last Updated on Sunday, 05 June 2011 18:24
 
Keputusan SPM 2010 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 28 March 2011 15:56
Keputusan SPM 2010 telah diumumkan pada hari Rabu 23 Mac 2011 yang lalu. Secara keseluruhannya, SMKA Slim River telah berjaya menghasilkan 3 orang murid yang mendapat pencapaian semua A manakala gred purata sekolah(GPS) juga telah meningkat daripada 3.12 kepada 3.00. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua baik murid mahupun guru serta semua pihak atas peningkatan pencapaian tersebut. Mereka yang telah mendapat pencapaian gemilang ini telahpun dirai dan diberi penghargaan di dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik yang diadakan pada 27 Mac lalu. Tahniah sekali lagi diucapkan. Moga SMKA Slim River akan terus cemerlang di masa-masa hadapan. Amin, Untuk melihat keputusan sila klik di sini atau pun pada SPM di bahagian kurikulum.
Last Updated on Tuesday, 29 March 2011 22:21
 
Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Mesyuarat Agung PIBG PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 03 March 2011 23:22
Program ini akan dilaksanakan pada 27 Mac sebagai memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang telah memperolehi pencapaian cemerlang di dalam peperiksaan dalaman dan awam (PMR & SPM). Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG bersetuju berganding bahu mengadakan kedua-dua program ini. 
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Page 1 of 8

Waktu

Kurikulum

Menjelang SPM

Masa tidak menunggu kita

CB Login

Who's Online

We have 3 guests online

ICT Column

None
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday271
mod_vvisit_counterYesterday192
mod_vvisit_counterThis week3004
mod_vvisit_counterLast week2182
mod_vvisit_counterThis month15724
mod_vvisit_counterLast month15787
mod_vvisit_counterAll105155

We have: 2 guests, 1 bots online
Your IP: 38.107.179.238
 , 
Today: Jan 28, 2012